ads

Selasa, 20 Februari 2018

UDANG GORENG MENTEGA






UDANG GORENG MENTEGA

Bahan-bahan:

1) 2 biji kuning telur - dipukul
2) 5 ekor udang besar (ikut keperluan)
3) 3 biji cili api - dipotong kecil
4) 2 tangkai daun kari
5) Susu cair/buttermilk
6) Sedikit garam
7) Sedikit gula
8) Mentega/marjerin
9) Minyak

Cara memasak:

1) Masukkan 2 sudu minyak dan mentega dalam kuali.
2) Apabila sudah panas, masukkan telur dan terus mengacau jangan henti. Masak sehingga telur bertukar warna kecoklatan. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk. (Asingkan)
3) Goreng udang sampai masak dan angkat.
4) Tumiskan cili api dalam minyak & mentega yang dipanaskan terlebih dahulu.
5) Masukkan daun kari (buang batangnya). Biar sampai layu sedikit.
6) Masukkan sedikit susu cair, garam & gula.
7) Masukkan udang. Kacau selama beberapa minit. Angkat.
8) Gaulkan udang dengan telur yang telah digoreng tadi.
9) Sedia untuk dimakan.

Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat.


Kredit : Resepi Kampung

RESEPI BEGEDIL SEAFOOD






RESEPI BEGEDIL SEAFOOD
.
Bahan-bahannya :
● 200 gm isi ikan kurau,dikisar lumat
● 200 gm udang sederhana
● 1 camca teh garam
● 2 camca teh minyak bijan
● 3 camca teh sos tiram
● 1 camca teh tepung jagung
● 2 ulas bawang putih, dihiris halus
● 3 tangkai daun bawang, dihiris halus
● ½ cawan cendawan butang, dicincang halus
● 5 camca besar lobak merah parut
● Sedikit mentega untuk menggoreng
.
.
Cara-caranya :
1. Satukan semua bahan di dalam bekas. Gaul is hingga sebati.
2. Bulat-bulatkan adunan anggaran 1 cm tebal dan tekan sedikit supaya leper. Panaskan mentega dan goreng bergedel menggunakan api sederhana hingga ia kuning. Angkat.
Selamat mencuba



Kredit : Resepi Kampung

RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH





RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH
.
Bahan-bahan:
Udang harimau (500g) 
Bawang merah (4 ulas)
Bawang putih (2 ulas)
Bawang besar dicincang (1 biji)
Serai dipotong nipis (1/2 batang)
Daun kari (1 tangkai)
Ketumbar (1 sudu)
Serbuk cili (1 sudu)
Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
Serbuk kunyit (1/2 sudu)
Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
Gula (sikit je kalau perlu)
Garam (secukup rasa)

Cara:
Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
Goreng daun kari hingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.



Kredit : Resepi Kampung

Sotong Goreng Rangup






Sotong Goreng Rangup

Bahan:
400g sotong,dibersihkan dan dipotong nipis

Bahan untuk perap:
1/2 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil serbuk ketumbar

Bahan untuk Batter:(satukan bahan ini & gaul rata)
50g tepung gandum
50g tepung ubikayu
50g tepung beras
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar minyak masak
165ml air

Cara:
1.Perap sotong dengan bahan perap selama 20 minit.
2.Panaskan minyak yang cukup dalam kuali.Celup potongan sotong ke dalam batter. kemudian goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.


Kredit : Resepi Kampung

SAMBAL TUMIS SOTONG





SAMBAL TUMIS SOTONG

Bahan-bahannya:

500-900 gram sotong (dicuci bersih dan dihiris bulat)
20-30 tangkai cili kering dikisar
5-7 biji bawang merah dikisar
1-3 biji bawang putih dikisar
sedikit belacan
air asam jawa secukupnya untuk mengisar
garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak hingga pijar dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Kacau sekejap-sekejap supaya tidak hangit.
2. Tambahkan garam, gula dan perasa secukupnya dan kacau sebati.
3. Masukkan sotong yang siap dihiris tadi dan gaulkan dengan sambal secara merata.
4. Tutup sekejap kuali dan kacau lagi.
5. Masak hingga sotong lembut dan mengeluarkan air sendiri.

LIKE & SHARE jika anda sukakannya.



Kredit : Resepi Kampung

KUPANG GORENG PEDAS DGN TAUCO






KUPANG GORENG PEDAS DGN TAUCO

Bahan-bahan : 
500 gm kupang - dibersihkan teritipnyer, dicuci bersih dan toskan.
4 ulas bawang putih - dikisar
3 ulas bawang merah - dikisar
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar tauco
2 sudu kecil sos tiram
10 biji cili api - dititik
1 batang serai - dititik
2 cm halia - dikisar
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
daun limau perut - dihiris
daun ketumbar - untuk hiasan

Cara-cara :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum.
2. Masukkan serai, cili padi dan tauco.
3. Kacau sekejap lalu masukkan sos tiram, kicap cair dan daun limau perut.
4. Rasakan garam dan gulanyer pastikan secukup rasa.
5. Akhir sekali kuatkan api, masukkan kupang, goreng dan kacau rata.
6. Kecilkan api dan tutup kuali dan biarkan kupang masak.
7. Angkat dan hidangkan dgn taburan daun ketumbar.

Selamat mencuba!



Kredit : Resepi Kampung

Resepi Kulat sisir goreng sambal pedas dengung




Resepi Kulat sisir goreng sambal pedas dengung 

Mabelessss 😋😋😋
Bahannya
Bahan2
Bwg besar 2 biji
Bwg putih 3 ulas
Lada kecik 10 biji
Seinci belacan
Serai 2 btg
Kunyit idup/serbuk
Ikan bilis
Terung pipit
Takde dlm gambar
Daun kunyit 1 helai
Minyak menumis
Garam
Gula
Air asam jawa
Kulat sisir yg telah direndam ngan air garam
Diramas2 buang kotoran
Ditumbuk2 sikit bagi lembut
Cara membuatnya
Goreng ikan bilis n asingkan
Blander bwg, lada, belacan, kunyit pastu tumis
Pastu masukkan serai tumis sampai garing
Masukkan kulat sisir....kacau hingga kering air
Masukkan ikan bilis dan terung pipit
Perasakan masam manis dan masinnye
Siap.

Kredit resepi : latipah abdullah

Adab basuh beras.. jom amalkan






Adab basuh beras.. jom amalkan
1. Menggunakan TANGAN KANAN untuk membasuh.
2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)
3. Membaca ليس لها من دون الله كاشفة
"Laisa la ha min dunillahi kastyifah"
Maksudnya
🌸Tidak ada penyembuh selain dari Allah🌸
4. Ulang basuh sebanyak 3 kali sehingga yakin bersih
Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa.
“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya” -At Tarmizi.
dan
"Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agamaMu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini hingga menjadi nasi”
Serta
"Ya Allah kau satukanlah hati kami sekeluarga sebagaimana bersatunya beras ini menjadi nasi"😃
#Share jika bermanfaat.

Kredit : Resepi Kampung

Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan






Resepi Pucuk Paku Goreng Belacan... 😋
Pastikan anda memilih pucuk paku yang segar..Macam mana nak tahu pucuk paku yang segar???Mula-mula tengok daun...pastu cuba patahkan..heheheh...Kalau lendut tu konpem tak segar 
Bahan-bahan yang perlu ada :
Seikat pucuk paku
6 biji cili padi (tumbuk)
Segenggam ikan bilis (tumbuk manja-manja aje)
Bawang merah 5 ulas (tumbuk)
Bawang putih 3 ulas (tumbuk)
Belacan 1 inci (tumbuk)
2 sudu besar minyak untuk menumis
Garam dan gula
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang serta belacan.
Lepas tumisan naik bau,masukkan cili padi dan seterusnya masukkan pucuk paku.
Kacau sebati,perasakan..maka siaplah!:)

TIPS dari saya : Pastikan anda jangan menggoreng pucuk paku goreng belacan ini terlalu lama...Kalau terlalu "Overcook" nanti tak sedap... 





Kredit : Resepi Kampung






Jumaat, 9 Februari 2018

TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND

TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLAND



LADANG TEH BOH

Kalau berkunjung ke Cameron Highland jangan lupa singgah di Ladang Teh Boh. Dengan suasana yang damai ditambah dengan kehijauan Ladang Teh Boh Cameron Highland ia menjadi sebagai tarikan utama para pelancong. Tidak hairanlah Ladang Teh Boh menjadi satu tarikan dan dimasukkan ke dalam senarai tempat menarik di Cameron Highlands untuk dilawati







TAMAN RAMA-RAMA

Taman rama-rama atau Butterfly Garden ini terletak di Kea Farm, terletak di sepanjang jalan utama 3km selepas bandar Brinchang atau 5km dari Tanah Rata ( di hujung jalan dari Copthorne Hotel). Pelbagai jenis spesis rama-rama yang ada di sini. Selain rama-rama ada juga beberapa binatang eksotik lain untuk tontonan umum seperti kala jengking, cicak, serangga kumbang dan juga ular. Ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa manakala kanak-kanak RM2





CACTUS VALLEY
Cactus Valley merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terbesar dan paling popular di Cameron Highlands. Ada juga pokok kaktus di sini dikatakan mencecah usia sehingga enam puluh tahun. Selain pokon-pohon kaktus di sini juga ada beberapa spesis pokok lain seperti pokok buah epal, pokok bunga dan sebagainya. Barang-barang ini ditanam di sini juga untuk dijual kepada pelancong-pelancong yang datang. Dibuka setiap hari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan dikenakan harga tiket sebanyak RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
 





BIG RED STRAWBERRY FARM

Cameron Highlands adalah pusat pengeluaran strawberi di Malaysia. Destinasi percutian yang menarik di Tanah Rata ini hanya terletak bersebelahan dengan Cactus Valley. Ladang ini menempatkan deretan barisan pokok-pokok buah strawberi yang sangat menarik terutamanya ketika musim berbuah. Suasana di sini juga memang sangat nyaman dan kebersihan landskap ladang ini juga dijaga dengan baik sekali. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.30 am sehinggalah ke 4.30 pm. Selain membeli buah strawberi yang sudah tentu sangat segar, pengunjung juga berpeluang merasai pengalaman memetik buah merah yang cantik ini pada bayaran yang berpatutan.





LAVENDER GARDEN

Satu tarikan pelancongan di Cameron Highland yang agak baru iaitu Taman Bunga Lavender, Brinchang. Bagi yang nak photoshot di kelilingi bunga-bunga yang cantik berwarna warni, bolehlah datang ke sini. Taman Bunga Lavender ini yang terletak terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap dibuka untuk lawatan pelancong secara rasminya sekitar 2013 dan suasana taman ini memang sangat cantik dengan barisan-barisan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni. Pengunjung dikenakan harga tiket sebanyak RM8 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.



Suasana yang sangat romantik menjadikan Taman Bunga Lavender antara destinasi wajib di Cameron Highlands. Di sini pengunjung dibenarkan untuk memetik bunga dan akan dikenakan cas bayaran RM2 untuk sekuntum bunga. Dibuka pada hari biasa dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Pada hari Sabtu dan Ahad pula ia dibuka pada jam 9 pagi sehingga 7 malam 





KEA FARM BRINCHANG

Kea Farm pula adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli belah jika ke Cameron Highlands. Ini kerana pelbagai jenis barangan dijual disini dengan harga yang berpatutan. Destinasi ini merupakan pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan seperti strawberi/jagung/oren, sayur mayur, barangan cenderahati, makanan ringan dan sebagainya.. Antara tarikan utama bila anda ke Kea Farm ialah terdapat pelbagai jenis bunga segar dijual di sini.





PASAR MALAM BRINCHANG

Satu lagi tempat yang menarik di Cameron Highlands untuk dilawati ialah Pasar Malam di pekan Brinchang. Pasar malam Brinchang adalah salah satu tempat yang mesti dilawati bila anda ke Cameron Highlands. Pelbagai jenis makanan, pakaian, cenderahati dan lain-lain boleh didapati di sini. Pasar malam ni dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula lewat petang sampailah ke malam. Ia menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli berbagai barangan terutama makanan. Orang ramai akan mula datang seawal jam 3 petang untuk mengelakkan kesesakan jalanraya.





LADANG LEBAH EE FENG GU

Hanya lima kilometer dari pusat bandar, Ladang Lebah Ee Feng Gu merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands. Ladang ini merupakan tempat pembiakan lebah yang diletakkan di dalam sarang buatan untuk menghasilkan madu. Penjaga lebah disini juga terlatih dan sangat berpengetahuan tentang madu dan penyimpanan lebah. Pelancong sentiasa dialu-alukan ke tempat ini dan setiap penjaga lebah akan sentiasa memberikan anda satu atau dua tip jika anda berminat dengan lebah.

Masuk ke sini pun percuma dan mungkin satu destinasi yang ideal untuk kanak-kanak untuk lebih mengenali haiwan kecil ini yang sering menjadi watak penting dalam animasi kartun di kaca TV. Pastikan untuk melawat salah satu tarikan Pahang terkenal apabila anda berada di Cameron Highlands. Ia menyediakan maklumat yang menarik mengenai lebah dan landskap memuji yang indah.





TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Taman AgroTek Mardi dikelolai sepenuhnya oleh agensi kerajaan. Terdapat berbagai kemudahan asas yang disediakan didalam Taman AgroTek Mardi antaranya ialah kafe, surau dan tempat permainan untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin melainkan semasa musim cuti umum dan cuti persekolahan. Di dalam Taman Mardi yang seluas lebih 40 hektar ini terdapat beberapa tarikan utama seperti tapak penyemaian, kebun pohon-pohon bunga, ladang dan juga kawasan penanaman untuk pokok-pokok teh. Kepada yang suka makan buah strawberry dan anggur, di sini anda boleh mendapatkan buah yang segar. Dikenakan cas bayaran sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak.





ROSE CENTRE

Pelbagai jenis bunga dan sayur-sayuran terdapat disini. Anda dapat melihat sendiri bunga yang mekar dan sayur-sayuran yang ditanam. Tapi awas jika anda terpetik bunga di kawasan ini anda akan dikenakan denda sebanyak RM50. Waktu operasi setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 6 petang dan dikenakan cas bayaran masuk sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.






GALERIA TIME TUNNEL
Dibina untuk mengekalkan memori bersejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highlands sendiri. Destinasi ini hanya terletak di Brinchang dan lokasi muzium ini juga berada di aras bawah di dalam Ladang Strawberi Kok Lim. Muzium ni sebenarnya memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang peduduk setempat di Cameron. Beliau seorang yang suka akan benda-benda yang antik atau barangan yang berusia. Makin lama usia sesuatu koleksi barangan maka makin berharga nilainya.

Di Muzium Time Tunnel anda dapat mempelajari sejarah dan cara hidup orang pada zaman dahulu-kala. Pelbagai koleksi barangan antik yang tedapat di sini. Muzium Time Tunnel terletak di kawasan Brinchang. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 6 petang dan kadar bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.

Anda dicadangkan untuk melawat sendiri muzium ini sekiranya anda ingin lebih tahu sejarah tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highlands.

UDANG GORENG MENTEGA

UDANG GORENG MENTEGA Bahan-bahan: 1) 2 biji kuning telur - dipukul 2) 5 ekor udang besar (ikut keperluan) 3) 3 biji cili api - ...